Thursday, 16 June 2011

7 cara untuk kuruskan badan tanpa bersenam










Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di sini kierah ingin berkongsi 7 cara untuk mendapatkan bentuk badan yang kurus dan langsing tanpa melakukan senaman yang berat. Kierah tahu ramai pembaca blog kirah ingin kurus tetapi tidak ada banyak masa untuk melakukan senaman harian secara konsistan.Tetapi tidak menagapa, kerana kirah akan tunjukkan caranya.
Untuk menurunkan berat badan kita memerlukan dua perkara iaitu membakar kalori melalui senaman dan melalui pemilihan makan yang betul dan bijak dalam kuantiti yang betul.Secara teorinya anda boleh mengurangkan jumlah kalori dalam badan anda dengan melakukan senaman selama beberapa jam di dalam gim, tetapi itu mungkin tidak akan memberi keseronokan kepada anda dan mungkin akan membuat senaman anda menjadi tidak konsistan. Oleh itu anda perlu mengamalkan 7 perkara yang kirah akan ajarkan.
  1. Banyakkan Bergerak
    Menurut kajian yang dilakukan di barat, berjalan kaki, lebih banyak berdiri dari duduk, dan banyak bergerak akan membakar kalori sebanyak 350 atau lebih kalori sehari berbanding dengan orang yang hanya duduk. Dengan aktiviti ini anda boleh hilangkan 18kg dalam setahun.
  2. Pastikan makan kalori kurang dari 400 setiap hidangan
    Dalam banyak kajian, jarak yang betul bagi setiap hidangan dan dalam kuantiti yang sama mampu membuat anda hilang berat badan.Makan makanan pada jarak yang betul dan kuantiti yang betul boleh meningkat kadar pembakaran kalori selepas makan, memberi respon yang baik kepada insulin dan boleh menurunkan paras kolestrol dalam darah. Makan pada masa dan kuantiti yang betul juga boleh mengelakkan anda terlebih makan untuk satu hidangan.Pastikan anda makan paling kurang 4 hidangan sehari.
  3. Kawal diri anda
    Untuk menurunkan berat badan, anda perlu menaikkan kadar kecekapan anda dalam aktivity harian, contoh: mengemas rumah dengan cepat, berjalan dengan cepat, atau melakukan apa apa saje aktiviti dengan cepat.
  4. Minum 8 gelas air sehari
    Air bukan sahaja untuk menghilangkan dahaga, tetapi ia adalah alat untuk menigkatkan kadar metabolisme badan. Dalam kajian yang dilakukan di German, meminum air 8 gelas sehari boleh meningkatkan kadar metabolisme badan sebanyak 30% dan efek nya boleh bertahan selama 90 minit dan ianya datang daripada badan anda yang cuba mengubah suhu air itu kepada suhu badan anda dan yang selebihnya datang dari fungsi badan untuk menyerap air itu. Oleh itu minum air yang berais adalah baik untuk menaikkan metabolisme badan. Tetapi perlu di-ingatkan, minum air berais selepas makan adalah tidak baik.
  5. Naik turun tangga
    Memilih tangga selain dari menaiki lift adalah senaman yang baik untuk menurunkan berat badan kerana anda akan mengangkat berat badan anda melawan gravity.
  6. Mengangkat Barang runcit sebagai dumbell
    Membeli barangan runcit untuk keperluan rumah adalah aktiviti yang biasa dilalukan oleh anda. Oleh itu anda pelu mengambil kesempatan ini untuk jadikan ianya satu senaman buat anda untuk membakar kalori dalam badan.
  1. Makan 4g fiber dalam setiap hidangan
    Ingat apa yang dicakapkan oleh kirah di atas, anda perlu makan paling kurang 4 hidangan sehari. Dalam 4 hidangan ini, anda perlu sertakan dengan 4g fiber. Fiber mampu membuatkan anda berasa kenyang dengan cepat tanpa menambah kalori. Dalam kajian yang dilakukan, perempuan yang makan kurang dari 13g fiber sehari adalah 5 kali lebih berisiko untuk menjadi overweight.Jumlah yang disarankan ialah 25g sehari. Contoh contoh fiber yang boleh anda ambil ialah buah buahan seperti epal, bronkoli,
    Diharap dengan artikel ini dapat membantu anda dalam meunurunkan berat badan tanpa melakukan senaman yang berat yang boleh membuat anda merasa jemu dan berputus asa.
Tag: mendapatkan bentuk badan yang kurus dan langsing, kurus dan langsing tanpa melakukan senaman yang berat, menurunkan berat badan, membakar kalori melalui senaman, pemilihan makan yang betul dan bijak dalam kuantiti yang betul, mengurangkan jumlah kalori dalam badan,membakar kalori , pembakaran kalori selepas makan, menurunkan paras kolestrol dalam darah, mengelakkan anda terlebih makan untuk satu hidangan, makan paling kurang 4 hidangan sehari, menigkatkan kadar metabolisme badan, senaman yang baik untuk menurunkan berat badan,Makan 4g fiber dalam setiap hidangan,kenyang dengan cepat tanpa menambah kalori.

http://www.kesihatan.biz/artikel/info_kesihatan.php

No comments:

Post a Comment